Tonton Drama Takdir Cinta Dhia, drama terbaru Astro Prima di Slot Tiara. Drama Takdir Cinta Dhia episode 1 bermula pada hari Isnin, 12 September 2022 pukul 6:00 petang di Slot Tiara Astro Prima atau strim di Astro Go/ Ultra Box lakonan Dato' Aaron Aziz, Datin Elvina Mohamad, Shah Jaszle dan ramai lagi.

Ulangan Drama Takdir Cinta Dhia pada pukul 11:00 pagi. Drama Takdir Cinta Dhia, membawa penceritaan yang sarat dengan kisah konflik keluarga dan permainan perasaan. Bermula daripada kematian ayah Dhia dan ayah Huzair.

Drama Takdir Cinta Dhia
Jumlah episod : 40
Mula siaran : 12 September 2022
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, jam 6:00 petang
Siaran TV: Slot Tiara Astro Prima
Penulis skrip : Nieza Nahar
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Produksi: Suhan Movies & Trading

Sinopsis Drama Takdir Cinta Dhia
Selepas kehilangan ayahnya, Dhia Kamelia tertanya-tanya, ayahnya mahu berkahwin dengan siapa? Kehadiran Nadia yang menyamar sebagai Dhia menjadi penghalang untuk Dhia dan Adrian bersatu. Bolehkah mereka bersatu? Atau Dhia hanya berserah kepada takdir?

Dhia Kamelia, kehilangan ayahnya pada usia yang sangat muda akibat kemalangan. Dhia sepatutnya bertemu Huzair Adrian tetapi tragedi malam itu menghalang mereka untuk bertemu. Dhia bertemu Fayyad Mi-khael melalui rakan lamanya, Maya. Hari demi hari, Dhia dan Fayyad saling ber-temu secara tidak sengaja sehingga Fayyad jatuh cinta padanya.

Suatu hari, Huzair Adrian bertemu Nadia yang telah mengaku dirinya sebagai Dhia. Gelang emas milik arwah ibunya adalah bukti bahawa Nadia adalah bakal tunangnya. Fay-yad akhirnya mengetahui tentang tipu daya adik perempuannya. Adrian akhirnya mengetahui kebenaran mengenai penipuan Nadia dan Dhia adalah tunangnya yang sebenar.

Akhirnya, Adrian menemui bukti yang Fayyad adalah orang yang membunuh ayah Dhia. Jam tangan di pergelangan tangan Fayyad Mikael adalah jam tangan yang sama seperti yang dilihat Dhia semasa kejadian. Fayyad ditangkap oleh polis sementara Dhia dan Adrian akhirnya bersatu melalui perkahwinan.

Drama ini sudah tamat, untuk menonton video drama terbaru lainnya silahkan gabung ke grup Telegram: (https://t.me/inisialbtcom)

BACA JUGA POSTINGAN LAINNYA: