'Sekali Lagi Cinta Kembali' karya Anna Milia akan mengisi slot Akasia TV3 iQIYI bermula 13 September 2022, setiap hari Senen hingga Jum'at, pukul 7.00 malam di TV3 dan turut disiarkan melalui iQIYI pada hari yang sama. Drama 28 episode terbitan A. Aida Production, diarahkan oleh Riza Baharudin. Menampilkan Aniq Suhair dan Siti Khadijah sebagai pelakon utama.

Sekali Lagi Cinta Kembali
Jumlah Episode: 28
Tanggal Tayang: 13 September 2022
Waktu Siaran: Senen-Jum'at, 7:00 Malam (Waktu Malaysia)
Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Rehal Nuharis
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: A. Aida Production Sdn Bhd

Sinopsis Sekali Lagi Cinta Kembali

Aira (Siti Khadijah Halim) adalah seorang gadis yang lantang bersuara tanpa berfikir dahulu. Selepas melakukan kesilapan mengambil alih tugas kaunselor secara tiba-tiba sewaktu ketiadaan Doktor Halina di pusat kaunseling, Aira secara tidak sengaja telah mengeruhkan keadaan dan mengakibatkan Alisa (Izzendra) dan Zafran (Zaki Azeman) bercerai kerana nasihatnya. Oleh kerana Zafran terlalu marah, dia telah mendesak Aira untuk mengganti rugi keadaan itu dengan bekerja di rumahnya sebagai penjaga Nek Som yang pelupa dan mengidap penyakit jantung.

Sebaiknya bermula tugas menjaga Nek Som, adik kepada Zafran, Hayyat (Aniq Suhair) merasakan segala tindak tanduk Aira tidak kena di matanya. Namun, Aira tetap menjaga Nek Som dengan penuh kasih sayang. Kemuliaan hati Aira itu membuka mata Hayyat tanpa disedari, tetapi dek rahsia yang disimpan dia tekad tidak ingin membuka kunci hatinya kepada mana-mana perempuan.

Perasaan cinta mula berputik di hati Aira, dia yakin cinta Hayyat memang untuknya walaupun dia tidak menzahirkan perasaan cinta tersebut. Dapatkah Hayyat mengatasi kisah silamnya demi kasih kepada Aira? Apakah rahsia gelap Hayyat yang dirahsiakan dan membuatnya tekad untuk tidak bercinta lagi? Bolehkah Aira menerima kekurangan Hayyat dalam mencari bahagia mereka?

Drama ini sudah tamat, untuk menonton video drama terbaru lainnya silahkan gabung ke grup Telegram: (https://t.me/inisialbtcom)

BACA JUGA POSTINGAN LAINNYA: