Nantikan drama adaptasi novel Ku Akad Kau Dengan Bismillah karya Wawa Akil akan mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod terbitan Nuansa Sdn Bhd, diarahkan oleh Osman Ali dan menampilkan gandingan Aliff Aziz dan Sophia AlBarakbah.

Ku Akad Kau Dengan Bismillah bakal tayang mulai 6 Februari 2023, setiap hari Senin-Jum'at pada pukul 7 malam di TV3 atau streaming di tonton.com.my

Ku Akad Kau Dengan Bismillah
Jumlah Episode: 28
Jadwal Tayang: 6 Februari 2023
Waktu: Senin-Jum'at, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Mimie Zakaria & Farah Izzati
Pengarah: Osman Ali & Yus Yusop
Produksi: Nuansa Sdn Bhd
Lagu OST: Genggam - Aliff Aziz

Sinopsis Ku Akad Kau Dengan Bismillah
Hannah adalah seorang usahawan kedai hiasan. Dia telah mendapat kejutan yang tidak diinginkan.

Apabila membuka matanya dari tidur pada suatu hari, Hannah telah mendapati dirinya terbaring di atas ranjang di rumah sepupunya, Maira, di sebelah seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Insiden tersebut telah mengubah hidup Hannah. Malah, gadis tersebut juga telah dikucilkan keluarganya. Hannah mengambil keputusan untuk melarikan diri jauh dari semua orang.

Namun, takdir telah menetapkan kemunculan lelaki asing itu setelah beberapa tahun kemudian.

Luth Mikail, seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pembinaan, hadir kembali dan menuntut kemaafan serta sebuah hubungan bersama Hannah.

Terdapat 1001 kemungkinan bagaimana seseorang akan bertindak balas apabila berhadapan dengan kejadian seperti ini. Reaksi Hannah apabila episode gelap dalam hidupnya kembali menghantuinya memperlihatkan suatu perspektif yang bermakna.

Drama ini sudah tamat, untuk menonton video drama terbaru lainnya silahkan gabung ke grup Telegram: (https://t.me/inisialbtcom)

BACA JUGA POSTINGAN LAINNYA: