Bukan Syurga Pilihan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Ungku Ismail Aziz dibintangi oleh beliau sendiri bersama Nadiya Nisaa, dan Fezrul Khan. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Tiara, Astro Prima bermula 2 Januari 2023 menggantikan Jesnita.

Sinopsis
Tihani Zahira, seorang wanita yang menjadi target kekejaman rumah tangga dan telah diceraikan oleh mantan suaminya, Zaid. Setelah itu, Zaid merayu wanita itu kembali kepadanya dengan cara menikah dengan lelaki lain. Tetapi permainan Zaid meleset karena Tihani Zahira menikah dengan lelaki yang sudah lama menyimpan perasaan pada wanita itu.

Megat Ariff, seorang usahawan muda yang memendam perasaannya pada Tihani Zahira. Akhirnya, berhasil menikahi wanita itu setelah Tihani diceraikan suaminya. Namun, pernikahan mereka dibuat secara rahsia tanpa pengetahuan Bonda Megat Ariff, Toh Puan Ulya yang sangat mementingkan darejat dalam keturunannya. Toh Puan Ulya yang tidak mahu wanita biasa-biasa menjadi menantu, membuatkan Megat Ariff terpaksa merahasiakan pernikahannya dengan Tihani Zahira.

Toh Puan Ulya mengatur strategi untuk memisahkan Megat Ariff dan Tihani Zahira. Segalanya dirancang agar Megat Ariff percaya dengan fitnah yang dibuat oleh mantan suami Tihani dan wanita itu diusir dari rumah milik Megat Ariff sewaktu dia sedang mengandung anak pertama mereka.

Kehidupan Tihani berubah drastis setelah diusir. Sehingga dia menjadi gelandangan di ibu kota Kuala Lumpur. Tiada tempat bergantung hidup. Dan... Megat Ariff sendiri yang menghancurkan hidup Tihani.

Sepanjang waktu menjadi gelandangan, Tihani terpaksa tinggal di berbagai tempat sehingga dia melahirkan anak sulungnya tanpa suami di sisi. Melahirkan seorang anak istimewa tanpa bantuan siapapun bukanlah sesuatu yang mudah. Setelah apa yang dia lalui.

Setelah kebenaran terbongkar, Megat Ariff kembali mencari Tihani dan ingin wanita itu kembali kepadanya. Namun, Tihani bersikeras enggan rujuk dengan Megat Ariff.

Drama ini sudah tamat, untuk menonton video drama terbaru lainnya silahkan gabung ke grup Telegram: (https://t.me/inisialbtcom)

BACA JUGA POSTINGAN LAINNYA: